Rasa Belum Layak, Mizz Nina Tolak Tawaran Beri Ceramah Agama



Pernah menjadi isu di kalangan masyarakat kita bila fenomena selebriti yang berhijrah atau mula berhijab terus diundang untuk memberikan ceramah agama oleh sesetengah pihak namun ianya bukan satu keputusan yang baik untuk Mizz Nina sendiri.

Sejak menutup aurat sepenuhnya setahun yang lalu, Mizz Nina akui banyak menerima undangan memberikan ceramah berkaitan agama namun beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana merasakan dirinya masih belum layak dan bersedia untuk perkara itu.




“Saya banyak terima undangan mengadakan ceramah di majlis-majlis agama. Saya terpaksa tolak kerana saya tidak layak untuk bercakap soal agama dan masih lagi belajar mendalami agama Islam, melainkan ia hanya sekadar berkongsi pengalaman berhijrah,” ujarnya.

Dalam temubual bersama mStar Online itu, Mizz Nina berkata beliau kini sedang menyambung pengajian di Yayasan Ta’lim dengan kerjasama Institut Arees, Texas, Amerika Syarikat dalam proses mendalami Islam — tempat sama bersama Natasha Hudson.



Previous Post Next Post