Yana Samsudin, Hanez Suraya borong kain kahwin di Bangkok


Yana Samsudin dan Hanez Suraya yang bakal berkahwin tidak lama lagi dengan pasangan masing-masing sempat ke Bangkok sejak Sabtu lalu untuk memborong kain bagi persiapan majlis perkahwinan mereka.

Yana dan Hanez turut ditemani pereka fesyen masing-masing iaitu Zery Zamry dan Wanpa.

Hanez turut ditemani ibu tersayang selain bakal suami Romie Razin Adilha, serta bakal adik iparnya. Berbanding Hanez, Yana lebih dulu akan bergelar isteri.




Yana akan bernikah pada 13 Februari ini dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari di Yong Peng, Johor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi yang sama. Fadzil Zahari menghantar rombongan meminang pada 14 Disember 2014 lalu.

Hanez pula akan bernikah 14 Mac depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis nikah dijangka berlangsung sebelah pagi dan malam hari yang sama akan diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban.

Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang. Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 22 Mac depan.



Previous Post Next Post