Monica Bellucci bebas solo



Aktres Monica Bellucci sudah berusia 50 tahun. Biarpun sudah berusia, Bellucci masih kelihatan cantik dan bergaya.

Mengaku bahagia dengan kehidupan bersama dua orang anak iaitu Deva dan Leonie, kata Belluci, dia tidak memerlukan lelaki untuk berasa bahawa dirinya telah sempurna.

"Saya lebih suka hidup sendiri, rasa lebih bebas. Lagipun, anak-anak selalu ada untuk membahagiakan saya," ujarnya yang mengaku tidak berasa aneh menjadi seorang ibu tunggal.



Belluci bercerai dengan aktor Vincent Cassel pada tahun 2013.

Dalam temu bual bersama Contact Music, aktres yang terkenal menerusi filem The Apartment itu menceritakan pengalaman, bagaimana anak-anaknya telah berjaya menurunkan sikap ego dan mengubah kehidupannya.

Melahirkan anak sulungnya pada usia 39 tahun, kata Bellucci: "Sebab utama saya melahirkan anak pada usia 39 tahun ialah kerana ego. Sebaik sahaja Deva dilahirkan, saya bersyukur kerana diberi kesempatan menjadi ibu.

"Malah, saya berasa sangat ajaib kerana penantian untuk memiliki lebih ramai anak terjadi pada usia lanjut iaitu 45 tahun. Kehadiran mereka telah melengkapkan kehidupan saya."

Previous Post Next Post