Hafreez Adam: Dulu saya hodoh, berjerawat tapi kini...



SIAPA sangka pelakon lelaki kacak, Hafreez Adam yang merangkul anugerah bintang baru popular terbitan sebuah syarikat akhbar tempatan baru-baru ini pernah memiliki raut wajah yang berjerawat dan hodoh.

Dek kerana wajahnya itu, dia pernah dihina oleh rakan-rakannya sehingga rasa rendah diri.

Menerusi blog peribadinya, TheseStoriesAboutLife, Hafreez menceritakan bagaimana dia sering ditertawakan oleh rakan-rakan. Dia turut berkongsi gambar lamanya.


"Saya mempunyai masalah dengan kulit saya, muka dipenuhi dengan jerawat. Ia benar-benar buruk. Saya banyak menghabiskan masa mengunci diri dalam bilik dan tidak bergaul dengan rakan-rakan," katanya.

Menurutnya lagi, pada masa dahulu dia bercita-cita menjadi jurugambar bebas dahulu kerana tidak yakin berada di depan kamera.

"Tetapi, Alhamdulillah. kini, wajah ini kini boleh berdiri di hadapan kamera. Kuasa ALLAH.

Selepas lima tahun, Hafreez kini bukan lagi mangsa cacian dan berkata, pengalaman dahulu mengajarnya berfikiran matang dan dan lebih menghargai.

"Bukanlah mengatakan diri ini cukup kacak, atau pun sempurna. Jauh. terlalu jauh dari semua itu. Tapi sedar, saya bukan di tempat dulu. Saya berubah dari segi fizikal, mental dan emosi.

"Apa yang terjadi beberapa tahun lepas, membuatkan saya berfikir. Berfikir secara matang untuk lebih menghargai kita sesama manusia tanpa menilai rupa seseorang individu itu", tulisnya.

Previous Post Next Post