Aiman cemburu dengan Fathia?


Aiman Hakim Ridza

SEJAK beberapa hari lalu, heboh dengan kisah yang mengatakan pelakon Fathia Latiff beraksi daring dan berbogel di dalam filem terbaharunya, Darah Panas.

Fathia yang membawakan watak sebagai Shahana dikatakan dipaksa menjadi pelacur sehinggakan ada babak-babak erotis dipamerkan dalam filem tersebut.

Namun perkara itu sudah dijelaskan oleh empunya badan bahawa tiada sebarang aksi panas mahupun berbogel dilakukan untuk filem berkenaan.

Bagaimanapun bagi kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, dia mengakui agak panas melihat lakonan Fathia dalam filem tersebut, namun masih meletakkan had profesionalisme dalam bekerja.


“Secara jujurnya memang agak panas juga menyaksikan dia dalam filem ini. Tapi walau macam mana pun saya menghormati kerjaya Fathia sebagai pelakon.

"Dia tahu apa yang dia buat dan saya tiada halangan,” kata Aiman yang menemani Fathia semasa majlis previu media tersebut.

Malah ujar Aiman, dia berharap isu Fathia berbogel di dalam filem tidak lagi diperbesarkan.

“Saya tahu isu ini pun daripada Fathia. Sebenarnya tidak ada pun babak rogol atau bogel. Malah secara keseluruhan saya lihat tidak ada apa-apa yang melampau,” katanya yang memberikan empat bintang untuk semua pelakon.

Previous Post Next Post