Bruce Jenner: Panggil saya Caitlyn


(Kiri) Bruce Jenner sebelum 'berubah' menjadi perempuan.

BEKAS atlet olimpik, Bruce Jenner mendedahkan nama dan rupa 'baharu' beliau dalam melalui majalah Vanity Fair, semalam.

"Selamat datang ke dunia Caitlyn. (Saya) tak sabar untuk mengenali anda semua," kata Jenner dipetik laporan AFP.

Jenner, 65, sebelum ini merupakan seorang bintang sukan di Amerika Syarikat (AS) dan berjaya mencipta rekod melalui acara Decathlon pada temasya Olimpak pada 1976 di Montreal, Canada.

Sekembali ke AS, beliau mula menjadi menjadi pelakon dan telah berlakon dalam beberapa buah filem, antaranya Jack and Jill dan siri rancangan popular, Chips.


Beliau kemudian berkahwin dengan bintang televisyen popular, Kris Kardashian dan menyertai rancangan realiti "Keeping Up with the Kardashians yang berkisar mengenai keluarga selebriti tersebut.

Jenner juga memecah rekod mengumpul pengikut terbanyak dalam masa singkat di laman Twitter yakni seramai sejuta pelayar dalam masa empat jam selepas menyertai laman tersebut.

Rekod mengumpul pengikut terbanyak dalam masa singkat sebelum ini dipegang oleh Presiden AS, Barack Obama dengan sejuta pengikut dalam masa empat jam 30 minit selepas menyertai laman tersebut menggunakan nama @POTUS.

Difahamkan, Jenner muncul sebagai wanita trangender selepas bercerai dengan Kardashian pada 2015.

Beliau bagaimanapun tidak mahu dikenalipasti sebagai wanita sehinggalah transformasi beliau 'sempurna'.

Previous Post Next Post