
BEKAS ahli kumpulan Wonder Girls, Hyuna mendedahkan sebab mengapa dia kelihatan cantik sejak kecil.
Dia yang kini bergerak secara solo mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini.
"Ramai yang memberitahu, bentuk badan yang menarik disebabkan oleh ibu saya.
"Cuma, saya percaya mewarisi mata dan kaki daripada bapa kerana memiliki persamaan ketara," ceritanya.
Kelmarin, Hyuna baru saja melancarkan album mini terbaharunya berjudul A+ yang memuatkan single terbaharu iaitu Because I'm the Best.