
MESKIPUN sudah melahirkan dua album sebelum ini, penyanyi yang semakin mencipta nama, Cakra Khan masih belum puas.
Terbaharu, dia juga merancang untuk merakam album terbaharu dalam bahasa Sunda.
"Lagu-lagu dalam album ini bakal dicipta oleh guru saya yang sebelum ini mengajar bahasa berkenaan," kata penyanyi berusia 23 tahun itu.
Sebelum ini, Cakra muncul dengan dua buah album berjudul Cakra Khan dan Mudah Jatuh Cinta.
"Saya tidak mahu menghasilkan album baharu yang biasa-biasa saja. Jadi, saya harus memberikan yang terbaik," katanya.