
ANAK Sophia Latjuba, Eva Celia dilihat enggan mengulas lanjut mengenai hubungan ibunya bersama vokalis Noah, Ariel.
Sebelum ini, pasangan itu seringkali mengelak daripada memperkatakan sesuatu mengenai hubungan mereka ketika didekati media Indonesia.
Sikap yang sama juga diambil Eva ketika mahu ditemu bual di sebuah pertunjukan fesyen baru-baru ini.
"Mengapa harus bertanyakan perkara itu? Ini kan pertunjukan fesyen," soal penyanyi itu kembali.
Disebabkan itu, media Indonesia bertindak meninggalkan Eva sehingga menyebabkan dia terpinga-pinga.