Jennifer Aniston akhirnya buka mulut


AKTRES terkenal Hollywood, Jennifer Aniston akhirnya bercerita mengenai perkahwinannya bersama Justin Theroux.

Pasangan itu bernikah secara senyap-senyap pada 5 Ogos lepas.

Aniston yang ketika ini terlibat dalam filem She's Funny That Way mengakui cukup bahagia sekarang.


"Sudah tentu saya gembira," katanya yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Brad Pitt sebelum bercerai pada 2005.

Ketika ditanya bagaimana dia menyembunyikan perkahwinan itu daripada pengetahuan media, ini jawapan Aniston.

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," ujarnya.

Previous Post Next Post