Sharifah Shahora Hubungan makin pulih selepas dedah suami curang



DRAMARIS terkenal, Syarifah Shahora mengakui rumah tangganya kini semakin baik. Terbuka berbicara mengenainya, Shahora berkata, suaminya, Raja Mukhriz Raja Ahmad, kini juga sudah berubah ke arah lebih baik selepas mendedahkan kecurangannya sebelum ini.

“Alhamdulillah sekarang hubungan saya dengan suami sudah semakin baik.


“Tindakan saya yang mendedahkan apa yang berlaku itu adalah satu perkara yang tepat kerana dia akhirnya dapat pengajaran dan lebih berhati-hati dalam hubungan,” katanya kepada Zass, ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Shahora memberitahu hubungan mereka semakin pulih sejak Ramadan lalu dan berharap agar perkahwinan mereka akan terus berkekalan.

“Saya akui dalam Islam sendiri, isteri tidak boleh aibkan suami. Tetapi saya tiada pilihan dan bukan senang untuk saya menerima segala perbuatan suami.

"Alhamdulillah, suami juga menyedari kesilapannya dan tidak pernah jemu memujuk saya. Malah, kesungguhannya itu membuatkan saya terbuka untuk menerimanya kembali," katanya.

Previous Post Next Post