Alyah Akui Kini Mula Rasai Nikmat Berkahwin



Jika sebelum ini rumah tangga Alyah dilihat bermula tidak begitu baik, perkara itu berubah kini dan penyanyi itu mengakui bahawa semakin bahagia bersama suami tercinta iaitu Dato’ Ramli MS.

“Setiap perkahwinan ada cerita tersendiri. Ada perkahwinan yang bermula hambar tetapi akhirnya bahagia, dan ada juga yang bermula dengan bahagia tetapi pengakhirannya tidak bagus. Seperti saya sendiri, perkahwinan saya bermula tidak begitu baik. Berlaku krisis”


“Tetapi lama-kelamaan, suasana perkahwinan saya semakin baik. Saya sudah mula merasai kebahagiaan dan nikmat berumah tangga,” jelas Alyah kepada Tonton Online selain menyifatkan apa yang dilaluinya sebelum ini sebagai salah satu proses pembelajaran dalam kehidupan berumah tangga.

Sementara itu, memetik laporan portal Mangga Online, Alyah menyatakan dia mahu berehat panjang dan berkemungkinan akan berhenti menyanyi demi memberi tumpuan kepada keluarga.

Previous Post Next Post