Aaisyah Dhia Rana bersama Zain Saidin dan Rozita Che Wan
POPULARITI anak pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana tidak dapat disangkal lagi apabila dia turut ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah drama dengan bayaran yang agak tinggi.
"Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia (Aaisyah) dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap," kata Rozita yang lebih dikenali sebagai Che Ta
Malah menurutnya, apa yang dilakukan olehnya itu bukanlah bertujuan untuk mempergunakan anaknya sendiri namun menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki anaknya.
"Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa.. itu terpulang. Ini semua soal rezeki.
"Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah," katanya dipetik BHOnline