PELAKON veteran Bollywood, Saeed Jaffrey meninggal dunia akibat pendarahan otak pada usia 86 tahun.
Saeed pernah membintangi filem terkenal Satyajit Ray's Shatranj ke Khiladi dan berlakon lebih 100 produksi Bollywood.
Antara filem lakonannya termasuk A Passage To India, Gandhi dan The Man Who Would Be King serta turut tercalon dalam Anugerah Bafta pada tahun 1985 bagi filem My Beautiful Laundrette.
Berita kematian aktor ini diumumkan pada Ahad oleh anak saudaranya Shaheen Aggarwal di laman Facebook.
"Hari ini salah seorang keluarga generasi Jaffrey telah meninggal dunia," tulisnya dipetik BBC.
Menurut satu kenyataan Jaffrey Associates, pelakon itu pengsan di kediamannya di London akibat pendarahan otak dan tidak sedarkan diri selepas itu.