Gitar John Lennon yang hilang dijual RM10 juta


Gitar yang pernah digunakan oleh John Lennon. (Kanan) John Lennon

GITAR milik ahli kumpulan lagenda The Beatles, John Lennon terjual dengan harga ASD 2.4 juta (RM10.4 juta) dalam sebuah lelongan hari ini.

Menurut laporan CNN, gitar jenis Gibson J-160E yang dihasilkan pada 1962 tersebut digunakan oleh Lennon semasa rakaman lagu hit The Beatles, 'I Want To Hold Your Hand' dan beberapa lagi lagu hit terawal kumpulan tersebut.

Julien's Auctions, agensi lelongan memberitahu bahawa seorang lagi ahli kumpulan, George Harrison juga membeli gitar jenis sama pada September 1962.


Agensi tersebut juga memberitahu bahawa gitar milik Lennon berkenaan hilang selepas sebuah konsert The Beatles di London pada Disember 1963.

Gitar tersebut gagal dikesan sehingga lebih 50 tahun dan dikesan semula oleh seorang lelaki yang menyimpan gitar tersebut selepas menyedari persamaan gitar miliknya dengan gitar yang dimiliki oleh George Harrison.

Difahamkan, gitar tersebut berharga 161 pound (RM1,056.04) dan boleh dilihat dimainkan oleh Lennon dalam video lagu I Want To Hold Your Hand.

Sebelum ini, Julien's Auctions menganggarkan gitar tersebut akan terjual pada harga USD 800,000 (RM3.4 juta).

Previous Post Next Post