ANGGOTA kumpulan Girls Generation Seohyun buat pertama kalinya akan melibatkan diri dengan filem China berjudul So I Married An Anti-Fan.
Menurut laporan portal Koreaboo, filem tersebut turut dibintangi Chanyeol dan pelakon China, Yuan Shan Shan.
Seohyun sudah pun memulakan penggambaran sejak 3 November lalu.
So I Married An Anti-Fan mengisahkan seorang selebriti yang jatuh cinta dengan wartawan.
Menerusi bidang lakonan, sebelum ini Seohyun tidak terlalu menonjol seperti ahli-ahli Girls generation yang lain, dimana dia hanya berlakon beberapa buah drama sahaja.
Bagaimanapun bakatnya semakin diasah baik malah telah membuktikan kemampuannya dalam pementasan muzikal Gone With The Wind, Mamma Mia! dan Moon That Embrace The Sun.