Pelakon Veteran Momo Latiff Meninggal Dunia


Momo Latiff berlakon sebagai ibu Rose dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Pelakon veteran Momo Latiff meninggal dunia di rumah anaknya di Woodlands Singapura kira-kira pukul 5 petang Khamis.

Berita MediaCorp melaporkan Momo atau nama sebenarnya Marfuah Makarim, 93, meninggal dunia akibat darah tinggi.


Berita itu disahkan oleh anaknya Cik Kamariah Latiff.

Sepanjang kerjaya Allahyarham pernah berlakon banyak filem Melayu klasik antaranya Toping Saitan, Musang Berjanggut dan Pendekar Bujang Lapok.

Previous Post Next Post