Shireen Sungkar utama anak


Shireen Sungkar

LAMA tidak tampil dengan lakonan sinetron, aktres Shireen Sungkar akhirnya kembali dalam Cinta Langit Taj Mahal (CLTM).

Biarpun ragu-ragu menerima tawaran itu memandangkan ia memakan masa yang panjang, namun demi mengubat kerinduannya, Shireen memutuskan untuk kembali beraksi.


“Kalau sebelum ini mungkin saya tidak perlu berfikir panjang tapi semenjak hadirnya anak saya, Adam, jadi saya mahu beri keutamaan padanya.

“Untuk menjalani penggambaran, saya buat permintaan untuk disediakan satu bilik untuk saya kerana ada masa saya akan bawa Adam bersama,” katanya menerusi Kapanlagi.

Previous Post Next Post