Doa yang dikongsi tular, Neelofa terharu




Neelofa berharap doa yang dikongsinya dapat menjadi manfaat dan dijadikan rutin harian peminatnya.

Pengacara, pelakon dan usahawan, Neelofa terkejut doa yang dikongsikan menerusi program Naura Shares baru-baru ini menjadi tular di laman sosial.

Neelofa berkata, dia berasa terharu dan berharap agar perkongsiannya itu dapat menjadi manfaat serta dimasukkan sebagai sebahagian rutin doa harian dalam kalangan peminatnya.

“Sejujurnya, saya tidak sangka apa yang saya kongsikan tempoh hari menjadi viral di laman sosial.

“Apa pun, saya berharap agar perkongsian doa tersebut dapat digunakan oleh orang ramai pada hari yang mendatang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini sebentar tadi.


Terdahulu, rakaman perkongsian doa yang dilafazkan oleh Neelofa viral di Twitter.

Tweet tersebut mendapat maklum balas positif dan telah diulang siar sebanyak hampir 50,000 kali.

Dalam perkembangan lain, Neelofa turut mengumumkan bakal mengerjakan ibadah haji buat kali kedua.

Pengacara program MeleTOP itu bakal terbang ke tanah suci pada 4 Ogos depan bersama ibu dan dua orang adik lelakinya.

Previous Post Next Post