Sembilan tahun menjanda, Sasha Saidin temui cinta baharu




Mengakui dia kini sedang menjalin hubungan istimewa, teman lelakinya Sasha merupakan kenalannya sejak kecil.

Selepas hampir 10 tahun hidup solo, penyanyi Sasha Saidin mengakui dia kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang lelaki berstatus duda.

Sasha, 43, yang juga anggota kumpulan Elite itu memberitahu, teman lelakinya adalah kenalan daripada kecil, namun baru sahaja kembali rapat sejak beberapa bulan lalu.

“Dia tidak tinggal di Malaysia sebaliknya menguruskan perniagaan di luar negara.

“Hubungan ini masih baharu tetapi, saya mengharapkan mempunyai pengakhiran yang baik kerana saya bukan seorang yang senang mengakui sedang bercinta,” katanya ketika ditemui pada Pedass Chik-Yun Challenge di Paradigm Mall, sebentar tadi.


Tambah Sasha, dia juga tidak menolak untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat jika sudah bertemu jodoh.

“Jika saya berkahwin kali ini, banyak yang perlu dipertimbangkan kerana mempunyai anak, Adam Aryasenna Notosoemarsono,10, dan ibu di bawah jagaan saya.

“Saya sudah terbiasa hidup sendiri, jadi untuk mengubahnya mungkin mengambil masa sedikit,” ujarnya lagi.

Sasha sebelum ini, mendirikan rumah tangga dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia pada 2007, tetapi bercerai pada 10 Julai 2012.

Sebelum itu, Sasha bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, Emgland namun berpisah empat tahun kemudian. - K! ONLINE


Previous Post Next Post