Jasmine Suraya ulas video soft porn kisah Cikgu Suraya




Jasmine Suraya tidak menyangka filem pendek itu disiarkan lebih awal.

Pelakon Jasmine Suraya menjelaskan video tular yang memaparkan babak mengenai Cikgu Suraya lakonannya dengan Youtubers terkenal, Alieff Irfan itu sebenarnya adalah mengenai kisah ejen perisikan dan sepatutnya disiarkan selepas mereka selesai menjalani penggambaran.

Malah, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin, 29, berkata, video berjudul Special Armed Forced x Jasmine Suraya itu juga sepatutnya disiarkan sebagai filem pendek bukannya secara bersiri.

Video tersebut didakwa mengandungi unsur soft porn berikutan mereka tidak memahami jalan cerita sebenar yang cuba ditonjolkan.

"Sejujurnya saya tak sangka Alieff akan release video itu kerana kami belum pun habis shooting lagi.



Antara babak yang didakwa mengandungi unsur lucah.

"Lebih-lebih lagi ia sepatutnya disiarkan sebagai sebuah filem pendek dan bukannya episod jadi orang akan faham cerita itu sebenarnya mengenai apa.

"Sekarang ni netizen ingat kami buat cerita mengenai Cikgu Suraya sedangkan ianya adalah mengenai pasukan gerakan khas dan perisikan," ujarnya kepada mStar.

Tambah Jasmine, filem pendek ini tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia dirancang dengan tujuan hiburan.

Selain itu, Jasmine berkata, adalah tidak adil bagi penonton untuk menilai hanya sebahagian daripada jalan cerita berkenaan kerana ia bukan dibuat untuk memaparkan babak tidak senonoh.

Tapi saya minta maaf kerana ketika kami rancang short film ini kami tidak memikirkan soal sensitiviti.
JASMINE SURAYA
Pelakon
"Sepatutnya dalam filem itu ada banyak lagi plot twist yang belum dikeluarkan kerana kami tak sempat nak shoot babak itu kerana waktu itu saya berada di Kelantan dan waktu sangat terhad.

"Cuma ia tidak adil untuk dinilai kerana mereka tak tahu cerita sebenar... cerita itu bukannya nak tunjukkan babak tidak senonoh saja.

"Ia juga tidak sepatutnya mendatangkan apa-apa kontroversi kepada masyarakat kerana ianya dibuat bertujuan sekadar hiburan. Lagipun nama saya memang Suraya jadi apa salahnya gunakan sahaja nama sendiri? Tak sangka pula ia akan jadi kecoh sebegitu sekali," jelasnya.

Aktres ini bagaimanapun mengakui terlepas pandang soal sensitiviti masyarakat namun tidak mengambil serius soal ini kerana mengakui ia adalah perancangan bersama Youtubers itu.

"Masing-masing ada pandangan mereka sendiri dan bagi saya mereka hanya menilai tanpa mengetahui apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan dalam filem itu.



Filem pendek itu menerima kecaman netizen yang turut menganggap ia sebagai 'sampah'.

"Tapi saya minta maaf kerana ketika kami rancang short film ini kami tidak memikirkan soal sensitiviti. Saya akui itu adalah salah saya dan Alieff.

"Setakat ini dia belum hubungi saya atau buat apa-apa permohonan maaf tetapi sejujurnya saya tak ambil serius pun. Saya pernah dengar mengenai Cikgu Suraya tetapi saya tidak tahu pula ia popular disebabkan cerita tak senonoh," katanya.

Terdahulu, sebuah video bertajuk Special Armed Forced x Jasmine Suraya tersebar di laman sosial menerima kecaman hebat netizen kerana memiliki unsur-unsur lucah atau soft porn.

Lebih teruk, apabila ia didakwa memburukkan institusi perguruan dengan isu panas yang pernah melanda negara sebelum ini.

Previous Post Next Post