Pelakon Sharifah Shahora hari ini berkongsi foto pengarah Michael Ang memakai kain pelikat seakan selepas berkhatan.
Shahora berkata, Michael kini bersedia menempuh alam perkahwinan selepas pengarah itu didakwa sudah berkhatan.
“Alhamdulillah Michael Ang sudah bersunat. Sudah boleh kahwin lepas ini,” katanya di Instagram.
Bagaimanapun, foto itu kelihatan seperti dalam babak penggambaran apabila senaskah skrip berada di atas meja.
Kamera penggambaran juga dapat dilihat menerusi foto Michael bersama seorang budak yang turut melakonkan babak berkhatan.
Michael sebelum ini mengaku sudah dua tahun memeluk Islam selepas mendedahkannya di media sosial pada April tahun lalu.
Pengarah drama Suri Hari Mr Pilot mendakwa tertarik hati memeluk Islam selepas diberikan hidayah melalui mimpi.