Ziela Jalil Saya Kenal Sharnaaz & Lisdawati, Mereka Bukan Kaki Gaduh



"Mengenali Sharnaaz, dia bukanlah seorang yang panas baran seperti dakwaan sesetengah pihak. Saya senang bekerja dengannya kerana dia sentiasa komited dan disiplin dalam kerjanya.

“Bila isu ini timbul, mungkin timbul salah faham dan memburukkan lagi nama Sharnaaz. Lisdawati juga bukanlah seorang yang suka bergaduh.

“Saya anggap ini perkara kecil dan berharap agar ia dapat diselesaikan segera,” kata Ziela Jalil ketika diminta mengulas mengenai ketegangan yang berlaku diantara dua pelakon drama bersiri terbitannya, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Sebagai penerbit Pena Creatives Pictures Sdn.Bhd Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad.




Ziela Jalil berkata dia pasti perkara yang berlaku hanya salah faham kecil di antara mereka kerana sebelum ini , selama lebih 3 bulan menjalani penggambaran BKATC kedua-dua pelakon itu tidak menunjukan sebarang masalah.

"Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai berita dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar.

"Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk krew memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka…Malah kedua-dua pelakon ini pun tidak pernah mengadu apa-apa kepada saya.

"Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk bertanya apa masalah mereka, boleh berlaku perkara sedemikian," katanya ketika dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang turut dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Iqram Dinzly kini sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.
Previous Post Next Post