Tauke jambu Bersosial

Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya Zamatul Amri Bin Zakaria ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, penulis skrip dan juga...



Tauke Raja Lawak atau nama sebenarnya Zamatul Amri Bin Zakaria ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, penulis skrip dan juga pengarah filem di Malaysia dan dilahirkan pada 07 April 1976 di Johor Bharu, Johor.

Karier seni beliau bermula pada tahun 2001 dalam program Sinaran Passport Kegemilangan dengan Kumpulan Tak Tahu Menahu anjuran TV3. Malangnya nasib kurang menyebelahi beliau. Namun beliau tidak mudah berputus asa.




Pada tahun 2007 beliau telah mendapat tempat ke-4 di dalam program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Pada tahun 2011 pula, beliau bergandingan bersama Yus Raja Lawak dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut.

Kini nama kumpulan Jambu mungkin dah tak perlu diperkenalkan lagi berkat usaha dan kerja keras Yus dan Tauke sendiri. Apapun kehidupan yang begini haruslah dikurangkan agar dapat memberi fokus kepada kerjaya dan memberi contoh yang baik kepada peminat anda.

Pelawat