Masalah jerebu yang melanda negara ketika ini nyata memberi kesan terhadap kesihatan. Terbaru, pelakon Zalif Sidek menerusi akaun Instagram memaklumkan dirinya telah diserang lelah yang serius akibat masalah ini.
Zalif telah memuat naik foto dirinya yang sedang berehat dengan status;
"Doakan semoga cepat sembuh ye.. Kene attack Athma yg teruk akibat jangkitan kuman #jerebu ketika shooting di Tanjung Bidara Beach Resort Melaka .. sy mintak maaf pada semua team production & kwn kwn artis sebab sy tak dpt sempurna shooting ini dgn baik."
Media Hiburan Online mendoakan agar Zalif cepat sembuh dan dapat meneruskan jadual penggambaran seperti biasa. Untuk semua pembaca, jangan lupa mengambil langkah-langkah yang sewajarnya agar kesan jerebu ini tidak menganggu kesihatan anda.