#AF2014: Farez Dapat Petanda Sebelum Tersingkir



Pelajar #AF2014, Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan seakan-akan dapat merasakan akan tersingkir pada konsert ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.

Menurut Farez, sebelum konsert bermula perasaannya kuat mengatakan dirinya bakal tersingkir selain mengalami mimpi yang sama selama tiga hari berturut-turut.






“Sebenarnya saya memang dah rasa yang saya akan tersingkir minggu ini… Perasaan itu semakin kuat apabila selama tiga hari berturut-turut saya bermimpi mengenai penyingkiran saya.

“Perasaan tidak selesa itu saya luahkan kepada Abang Azwan, namun Abang Azwan meminta supaya saya tidak berfikir bukan-bukan.

“Selain itu, saya juga tidak tahu kenapa saya terlalu rindukan ibu saya dan dengan penyingkiran saya ini nampaknya firasat saya tak salah,” katanya ketika ditemui semasa majlis sidang media pelajar #AF2014 yang tersingkir di MBSA pada Ahad.

Walaupun berpuas hati dengan persembahan yang diberikan namun Farez mengakui sedikit terkilan kerana belum sempat untuk menonjolkan bakat dan juga kehebatan nyanyiannya.

“Tipulah jika saya rasa tak sedih, saya akui perasaan terkilan itu ada kerana saya rasa saya telah menghampakan cikgu-cikgu saya.

“Namun walaupun saya tersingkir, tetapi tidak mengapa kerana mungkin ini bukan rezeki saya.

“Tersingkir tak bermakna saya akan lupakan cita-cita saya, sebaliknya saya akan terus mencuba dan tidak sesekali berputus asa,” ujar pelajar yang berusia 19 tahun itu.

Selain itu, Farez juga tidak akan menolak sekiranya ada tawaran nyanyian yang diberikan kepadanya dan berterima kasih kepada peminat yang mengundi serta menyokongnya sepanjang perjalanan di dalam #AF2014.

Dengan tema ‘Hits Fantasia’, Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan telah menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal oleh juara Akademi Fantasia 7 iaitu Hafiz Suip.

Penyingkiran Farez telah diumumkan oleh hos #AF2014 iaitu Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pelajar kedua tersingkir dengan peratusan undian sebanyak 2.8%.




Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135)

Like Facebook AF2014 https://www.facebook.com/akademifantasiamy
Previous Post Next Post