Raja Farah sah bercerai talak satu



Raja Farah ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

SELEPAS lima tahun melayari bahtera rumahtangga, pelakon Raja Farah akhirnya bercerai dengan pasangannya Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Penceraian talak satu itu direkodkan Hakim Umamuddin Yunus.


Raja Farah Raja Aziz, 27, memfailkan permohonan untuk bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pasangan itu bernikah pada 12 November 2010, dan tidak dikurniakan zuriat.

Pada prosiding sebentar tadi, Raja Farah yang diwakili peguam Muhammad Nur Hafiz Roslan memohon prosiding pencerian itu dijalankan secara tertutup.

Megat Bashirun yang ditemani bapanya tidak diwakili peguam.

Previous Post Next Post