Farid Kamil, Diana Danielle timang anak kedua


PASANGAN selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle selamat menerima kehadiran cahaya mata baharu 19 November lalu.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi.

"Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar," kata Farid Kamil dipetik BHOnline.


Menurutnya lagi, isterinya melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air. Ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan sudah dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad.

Previous Post Next Post