Anzalna sah bergelar isteri


PELAKON Anzalna Nasir, 28, sah bergelar isteri kepada Mohd Hanif Mohamad Zaki, 29 sebentar tadi dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan berlangsung di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel itu dijalankan oleh bapa Anzalna, Prof Madya Dr. Md Nasir Ibrahim.


Mas kahwin sebanyak RM1,000 diberikan kepada pihak perempuan beserta tujuh dulang hantaran, manakala pihak lelaki menerima sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Aktres kelahiran Pulau Pinang itu memilih jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini sebagai teman hidupnya setelah lebih 10 tahun berkenalan.

Artikel Selepas
« Artikel Selepas
Artikel Sebelum
Artikel Sebelum »