Tanda Putera antara 4 filem Malaysia ditayang di Berlin



KUALA LUMPUR 30 Jan. - 'Tanda Putera', sebuah filem keluaran Pesona Pictures adalah antara empat filem cereka yang bakal membuat penampilan sulung di Pasaran Filem Eropah Berlin, Jerman, minggu depan.

Filem lain ialah 'Laga' keluaran Business Leader Film Production, 'The Great Lion Kun Seng Keng' (Asia Tropical Film) dan 'Amir dan Loqman Pergi ke Laut' (Astro Shaw), kata Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) Datuk Mohd Mahyidin Mustakim.

Beliau berkata, tayangan filem terbabit, yang diurus oleh CCAM, bermula dari 7 hingga 9 Feb di pelbagai pawagam di Potsdamer Platz, Berlin.

"Kesemua filem cereka ini adalah luar biasa dan dibuat dengan teliti serta penuh semangat, oleh itu, semua rakyat Malaysia harus berbangga meraikan kepelbagaian kandungannya selain kualiti penghasilan yang amat baik.




"Mempunyai sebuah filem yang ditayang di pasaran filem berprestij yang disertai golongan profesional industri berkenaan di peringkat antarabangsa amat membanggakan, dan pengeluar serta penggiat industri hiburan tanah air seharusnya gembira dengan kejayaan ini," katanya.

Trailer Filem Tanda Putera
Previous Post Next Post