Ustaz Don Daniyal Dedah Wajah Anak



Selepas mengumumkan berita kelahiran anak sulungnya minggu lalu, Ustaz Don Daniyal akhirnya mendedahkan wajah putera kesayangan ini untuk tatapan umum.

Menerusi akaun Facebook miliknya, satu foto telah dimuatnaik ketika majlis konvokesyen isterinya, Husna Mohd Zahry, 26, yang menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kaherah, Mesir dengan Don Mustofa berada dalam dakapan mereka.

Untuk rekod, Ustaz Don dan Husna telah diijabkabulkan pada 23 Ogos 2012 di kampung halaman Husna yang terletak di Pulau Pinang.


Previous Post Next Post