Amir Raja Lawak dikecewakan 5 wanita, kini digilai 2 wanita



KUALA LUMPUR, 11 FEB 2014: Selepas dikecewakan oleh lima wanita yang cuba mengambil kesempatan dan mempermainkan perasaannya sebelum ini, pelawak Amir Raja Lawak akui yang dirinya kini sedang digilai oleh dua orang wanita.

Menurut laporan mStar Online, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25, berkata, dia digilai oleh dua orang wanita yang tinggal di Kuala Lumpur itu selepas mereka berkenalan melalui aplikasi sosial WeChat iaitu ‘people nearby’ dan ‘shake’.

Sebelum ini, pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim ketiga ini pernah memberitahu yang dia pernah dikecewakan lima wanita termasuk seorang yang bekerja sebagai jururawat. Kelima-lima mereka menggunakan Amir untuk mengambil kesempatan menyebabkan dia serik untuk terus jatuh cinta.




Dan kini Amir berkata dia masih di peringkat mengenali hati budi masing-masing sebelum dia memilih calon terbaik untuk dijadikan teman istimewa. Kedua-dua wanita yang menggilainya itu dikatakan berusia 20 dan 23 tahun.

Tambahnya lagi, kedua-dua wanita itu juga turut meluahkan perasaan mencinta Amir termasuklah menghantar mesej-mesej berbau sayang setiap masa.

Pemuda yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan itu kini dalam dilema untuk memilih satu antara dua wanita tersebut.

Bagi Amir, dia mahukan wanita yang faham kerjayanya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua wanita itu cukup istimewa buatnya, di mana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Untuk masa ini, hati Amir lebih kepada wanita comel itu.

Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan kerjaya tetap dan mengharapkan pendapatan sebagai pelawak, dia belum memutuskan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.
Previous Post Next Post