Isteri Black Disangka Hamil Rupanya Demam Denggi



Demam panas dan muntah-muntah yang dialami oleh isteri kepada pelantun lagu 'Takkan Terpisah', Black yang pada mulanya disangka sebagai tanda kehamilan adalah disebabkan oleh demam denggi.

"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital," ujar Black yang dipetik daripada sebuah portal berita.




Dalam pada itu, Black menjelaskan dia bernasib baik kerana membawa Naquia mendapatkan rawatan awal memandangkan demam denggi boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Difahamkan, keadaan Naquia sudah tidak membimbangkan dan kini sedang berehat di hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

GAMBAR:
Previous Post Next Post