Ana Dahlia Nafi Tempah Baju Kahwin



Pereka fesyen, Ezuwan Ismail baru-baru ini berkongsi gambar jejaka berusia 23 tahun yang menemani Ana ke butik miliknya. Hal ini mengundang spekulasi bahawa Ana sedang menempah baju kahwin bersama kekasihnya itu. Benar atau tidak?

“Ramai yang bertanyakan hal ini kepada saya sebenarnya. Tetapi, saya ke butik Ezuwan untuk menempah dan membincangkan tentang baju untuk dipakai ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) nanti,” ujar Ana secara ringkas ketika dihubungi ARTISMELETOP sebentar tadi.




Sejak bercerai dengan Chef Riz pada Disember lalu, Ana Dahlia dikaitkan dengan seorang pemuda berusia 23 tahun yang sering dilihat setia menemaninya. Namun, pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan jejaka tersebut.

"Bagi saya, semua orang hendak berkahwin dan semua nak ada jodoh, jadi saya menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Kalau ada jodoh maka adalah,” ujar Ana.
Previous Post Next Post