Ceraikan isteri dulu



SELEPAS putus cinta, pelakon wanita ini dilihat semakin menjadi-jadi sekarang. Khabarnya dia sudah ada kekasih baharu dan bakal bernikah tidak lama lagi. Cuma yang tak sanggupnya, dia bercinta dengan suami orang. Punyalah tak prihatin dia ni, sampaikan sanggup memberi syarat agar si kekasih hati menceraikan isteri yang selama ini berkongsi suka dan duka jika mahu memperisterikannya. Kalau tak cerai isteri pertama, maaflah, tiada perkahwinan ya cik abang. Haa, ganas tak syarat dia?

Amboi, begitu pulak perangai baru dia ya. Hello, kalau awal-awal sudah tahu kekasih awak itu suami orang kenapa nak bercinta juga? Itu sudah jadi perampas namanya cik kak.




Lelaki biasalah kalau ada wanita yang melayan, mana mungkin mereka menolak. Lagipun si pelakon ni memang pandai menggoda dan seksi pula, mestilah jarang lelaki menolak.

Pada Aida, kalau sudah jodoh, kita tidak boleh hendak menolak ketentuan. Tetapi menyuruh si lelaki menceraikan isteri pertama, itu sudah main kasar. Nasib baik teman lelaki awak nak menjadikan awak isterinya, tidak kiralah kedua atau ketiga. Apa yang penting niatnya ikhlas sebab dia memang mampu.

Sudahlah awak menggoda laki orang lepas tu suruh dia runtuhkan masjid yang dibina. Di mana hati budi awak? Pada Aida, kalau awak ikhlas menyintai teman lelaki, terimalah dia seadanya, jangan aniaya wanita lain.

Nota Lutut: Artis mana dapat gelaran fake?
Previous Post Next Post