Zara Zya sakit Jantung Berlubang



Nama Zara Zya mula meniti di bibir peminat selepas dia membintangi drama bersiri slot Akasia TV3, 'Love You Mr. Arrogant'. Biarpun semakin dikenali, tetapi ramai yang sebenarnya kurang tahu tentang pelakon genit ini.

Jom semak 12 perkara tentang Zara yang mungkin anda belum tahu.

1. Gadis ini sangat meminati muzik. Jika ada sesetengah orang meminati sesuatu genre muzik sahaja, lain pula dengan Zara. Dia menyukai semua jenis muzik. Menurut Zara, dia boleh layan apa saja jenis muzik, tidak kiralah apa bahasanya. Asalkan rentak muzik tersebut sedap didengar.

2. Pelakon drama 'Tanah Merah' ini merupakan penggila jam tangan dan wangian. Koleksi wangian Zara amat banyak sehingga boleh dimuatkan dalam satu almari khas. Kadang-kadang, Zara membeli wangian berdasarkan bentuk botol yang menarik, bukan kerana harumannya.

3. Pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini gemar makan ayam. Zara juga merupakan seorang pakar dalam menyediakan hidangan berasaskan ayam seperti Kari Ayam dan Nasi Ayam.

4. Selain ayam, Zara merupakan penggemar masakan India dan makanan Jepun. Bagaimanapun, Zara tidak gemar makan sushi. Sebaliknya, Zara suka menikmati makanan Jepun yang lain seperti 'teppanyaki' dan 'udon soup'.

5. Pemegang watak Zaraa Amirah dalam 'Love You Mr. Arrogant' ini menggemari warna jingga dan merah hati.

6. Zara tidak ada lesen menunggang motosikal. Malahan Zara juga tidak tahu dan takut untuk menunggang kenderaan tersebut.




7. Gadis berusia 28 tahun ini geli dengan labah-labah. Ada satu kejadian ketika Zara sedang asyik memandu kereta dan ternampak labah-labah dalam keretanya, dia sangat terperanjat. Zara yang terkejut terus memberhentikan keretanya dan menjerit ketakutan.

8. Tidak semua orang tahu yang sebenarnya Zara dilahirkan dengan sakit jantung berlubang semenjak dia lahir lagi. Namun begitu, penyakit Zara pulih apabila dia menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara pada usianya 10 tahun. Zara bersyukur kerana selepas pembedahan, kondisi dirinya berubah menjadi normal dan sihat sehingga kini.

9. Disebabkan sakit tersebut, Zara tidak pernah aktif dalam lapangan sukan sejak dibangku sekolah. Namun begitu, Zara merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber suatu ketika dahulu.

10. Zara mula berlakon drama semenjak sepuluh tahun lalu. Drama pertama lakonan Zara adalah drama 'Sumayyah', arahan Erma Fatima. Drama tersebut dibintangi oleh Aaron Aziz dan Haliza Misbun.

11. Zara sangat sukakan kucing. Di rumahnya kini ada lapan ekor kucing. Baru-baru ini, kucing peliharaan Zara, Audy telah selamat melahirkan dua ekor anak yang diberi nama Lipstick dan Bistick.

12. Zara yang lahir pada 28 Oktober ini merupakan seorang gadis yang sangat takut dengan ular. Melihatkan gambar ular sahaja sudah boleh membuatkan Zara takut dan gerun.
Previous Post Next Post