Chun Jung Myung kembali beraksi


CHUN Jung Myung kembali berlakon.
SELEPAS dua tahun tidak berlakon dalam televisyen, Chun Jung Myung kembali beraksi menerusi drama Ten Days Ago.

Agensinya berkata, sebenarnya pelakon itu sedang menunggu peluang untuk berlakon filem, namun sebaik sahaja melihat skrip Ten Days Ago, dia terus bersetuju untuk berlakon drama tersebut.

"Sekarang ini, kami sedang menunggu masa untuk turun ke lokasi filem dan pada waktu yang sama, dia juga akan terbabit dalam penggambaran program Real Men.




"Dia tidak menolak tawaran drama itu kerana tertarik dengan skripnya. Chun Jung Myung cuba membahagikan masa untuk memastikan lakonannya dalam drama dan filem tidak terganggu,"jelas wakilnya.

Ten Days Ago arahan Kim Yong Kyun berkisar tentang seorang lelaki yang terpaksa berhadapan dengan jenayah yang dilakukannya sebelum ini.
Previous Post Next Post