Filem tempatan The Journey kutip RM10.7 juta



KUALA LUMPUR 21 Feb. - Filem tempatan ‘The Journey’ mencecah kutipan RM10.7 juta setakat ini yang merupakan antara kutipan tertinggi untuk filem keluaran tempatan di negara ini, kata sumber industri.

Filem yang memulakan tayangan pada 30 Januari lalu sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu juga mencatatkan rekod sebagai filem berbahasa Cina keluaran tempatan paling laris di negara ini.




Lain-lain filem tempatan yang pernah mencatatkan rekod kutipan tertinggi sebelum ini ialah 'KL Gangster' dengan kutipan RM11.74 million dan 'Ombak Rindu' dengan kutipan RM10.9 juta pada 2011.

'The Journey' arahan Chiu Keng Guan merupakan filem yang menceritakan mengenai kehidupan seorang lelaki konservatif dikenali sebagai 'Uncle Chuan' yang dipaksa menerima menantu berbangsa Inggeris.
Previous Post Next Post