Khairul Fahmi Che Mat Teruja Sambut Kehadiran Orang Baru



Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apexs menyifatkan tiada yang lebih bermakna selain bergelar seorang bapa jika dibandingkan kegembiraan memenangi kejuaraan dalam sukan yang diceburinya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana isteri selamat melahirkan anak sulung kami hari Isnin. Saya rasa gembira dan teruja tak terkata dengan kehadiran orang baru ini.

“Bagi kami, kehadirannya memang memberi lebih semangat kepada saya untuk lebih berjaya dalam bidang yang saya ceburi sebab seolah-olah satu semangat baru muncul dalam hidup saya,” ujarnya.




Dalam pada itu, Apexs turut memberitahu beliau banyak menimba ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman terutamanya kedua-dua ibu bapanya.

“Ini salah satu tanggungjawab baru untuk saya menghadapinya, namun ia bukan halangan kepada saya untuk meningkatkan prestasi yang ada sekarang, malah ia merupakan batu loncatan kepada saya untuk bahagikan masa dengan lebih baik selepas ini,” katanya mengakui kehadiran cahaya mata ini mendidik dirinya untuk menjadi lebih berdisiplin.

Isnin lalu, MH Online melaporkan isteri Apexs, Leuniey Natasha telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.75 kilogram di sebuah hospital swasta, kira-kira jam 3 petang.
Previous Post Next Post