Tahniah Nana & Sein!



Tahniah AM Online ucapkan buat pasangan Sein dan Nana yang khabarnya baru sahaja menimang cahaya mata semalam. Perkara tersebut telah disahkan Nana sendiri melalui laman instagram miliknya.

Bayi yang merupakan anak ketiga pasangan ini dilahirkan pada 4 Februari 2014 pada pukul 6.10 petang. Menurut Nana lagi, dia terpaksa bertarung di bilik bersalin selama 16 jam dan bersyukur kerana kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa berkahwin dengan Nana yang merupakan bekas peserta Mentor pada 8 Julai 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum ini.

Pasangan ini juga pernah bercerai dengan talak satu sebelum ini tetapi mereka kembali rujuk tidak lama selepas itu. AM Online juga mengharapkan kehadiran cahaya mata ketiga ini bakal menambahkan lagi seri dalam rumah tangga pasangan selebriti ini.




Previous Post Next Post