Mawi, Ekin Jual Baju Jenama Unequein



Penyanyi yang pernah membawa fenomena Tsumawi pada suatu ketika dahulu, Asmawi Ani atau Mawi kini tampil dengan koleksi jenama pakaiannya sendiri yang diberi nama Unequein.

Perniagaan fesyen ini dijayakannya bersama isteri tercinta, Ekin yang sememangnya dilihat sangat menggemari bidang tersebut.




Pecah Masuk Rumah Mawi Kerana Nampak Bunian



Memetik portal Murai, Mawi mengatakan mereka suami isteri menceburi bidang fesyen dan penjualan pakaian selepas membuat penyelidikan tentang beberapa perusahaan yang paling mendapat pasaran meluas daripada orang ramai.

“Saya sedar dengan bakat isteri saya yang sangat suka membuat lakaran fesyen di atas kertas. Dia memiliki kelebihan ke arah itu dan bagi saya dia sangat kreatif.

“Jadi apa salahnya kami lahirkan koleksi pakaian daripada jenama kami sendiri yang dibuat untuk golongan lelaki dan wanita pada harga berpatutan dan berkualiti,” jelasnya lagi.

Terdapat pelbagai rekaan baju yang ditampilkan Unequein antaranya baju polo, kemeja lengan panjang, kemeja leher bulat, abaya dan baju melayu.

Previous Post Next Post