Pelantun lagu 'Jauh Di Mata', Min Yasmin nampaknya semakin sibuk dengan persiapan untuk mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal, Julfekar.
Menerusi akaun Instagramnya, Min dilihat mengadakan sesi 'fitting' baju pengantin serta melawat dewan resepsi bersama bakal suaminya itu.
"Kami rancang akan buat penghujung bulan Mac ini. Tetapi masih tidak mempunyai takrikh yang ditetapkan lagi. Jangan risau, bila jumpa tarikh nanti kami akan memberitahu pihak media," ujar Julfekar kepada MH tidak lama dulu.
Dengan persiapan yang semakin rancak dilakukan oleh Min dan Julfekar, tentunya tarikh hari bersejarah mereka semakin hampir. Tidak sabar rasanya menunggu undangan daripada mereka.
Apapun, ARTISMELETOP mengharapkan persediaan yang dirancangkan berjalan lancar dan bakal menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka.

