Najwa Latif Tampil Dengan Lagu HILANG



Hampir 2 tahun tidak merakam single baru gara-gara sibuk melanjutkan pelajaran, Najwa Latif kini telah muncul dengan single terbarunya yang berjudul Hilang yang dilancarkan 1 Februari lalu. Kali ini lirik dan lagu Najwa lebih menampakkan kematangan sesuai dengan umur beliau yang kini berusia 19 tahun.

Lagu Hilang ini lebih menampakkan perubahan dari segi vocal dan susunan muzik yang sedikit berat dari single-single beliau sebelum ini. Liriknya juga mudah difahami dan sesuai untuk menarik minat golongan remaja .Lirik Lagu Hilang ini tulis oleh ika latif iaitu kakak najwa sendiri dan beliau selesa berkerjasama kakaknya itu.




Satu kelebihan single ini adalah muzik videonya yang memaparkan kisah kekeluarga dan menerapkan nilai-nilai masyarakat penyayang dan prihatin serta kesedaran tentang perlunya ibubapa memberi perhatian kepada anak-anak dalam kesibukan mereka menjalani kehidupan seharian. Dalam muzik video “Hilang” juga menampilkan pelakon Mustapha Kamal dan Ainina Ahmad B sebagai watak ibu bapa kepada Najwa. Muzik video arahan Khaidir Shahri ini juga turut menggunakan khidmat Ikhwan Affandi untuk elemen kesan khas.

Menurut Najwa single ini sangat bermakna buatnya serta berharap ianya dapat di terima oleh pendengar muzik tempatan serta salah satu pejalanan baru dalam karier seni beliau.

MV Najwa Latiff - Hilang


LIRIK:

Aku hilang diriku
Sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku
Kerna ku mahu cintamu
Dan aku hilang.. hilang
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu Wohooo.. Milikmu

Aku ingin kau tahu
Dan sedar kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu
Dan aku hilang.. hilang
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Milikmu Wohooo.. Milikmu
Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu ku akan mencintaimu
Dan aku hilang.. hilang
Previous Post Next Post