Raja Azmi tunai umrah dengan 4 rakan lamanya



KL, 13 FEB 2014: Nampaknya banyak perkara menarik yang berlaku di dalam kehidupan penerbit filem yang kini bergelar penerbit konsert iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman kebelakangan ini.

Setelah menerbitkan Konsert Gelombang Salamiah Hassan dengan penuh sukses pada awal Januari ini, Raja Azmi telah mendapat perkhabaran yang mengembirakan apabila pendatang baru Adam Davin yang telah menggunakan namanya dengan tujuan menipu telah ditahan polis selepas didakwa cuma memerangkap seorang VVIP sebagai mangsa terbarunya.

Kini, dalam diam-diam, Raja Azmi telah pun mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah bersama 4 rakannya yang sudah sekian lama dikenalinya sejak dia masih bujang lagi.




Raja Azmi ke sana pada 11 Februari lalu dan bakal pulang ke tanah air semula pada 23 Februari ini. Murai batu diberitahu, Raja Azmi memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah.

Malah, sepatutnya Raja Azmi sudah menunaikan umrah sejak 2011 lagi. Tapi, malangnya ketika itu visanya tidak lepas, maka hasratnya untuk menjadi tetamu Allah pada waktu itu tidak kesampaiannya.

Selepas 3 tahun, akhirnya barulah Raja Azmi berjaya menunaikan hasratnya itu dan khabarnya dia memang teruja untuk ke sana dan melihat sendiri kebesaran Tuhan di bumi yang penuh suci itu serta melakukan ibadah-ibadah yang sememangnya dituntut.

Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa Raja Azmi tak bawa suaminya, Eddie ke sanakan? Sebenarnya, bukan Eddie tak mahu menemani Raja Azmi, tapi dia masih terikat dengan kontrak dengan beberapa kelab di sekitar ibu kota bersama band muziknya.

Takpelah Raja Azmi, lepas balik nanti, bolehlah pergi honeymoon dengan Eddie pulak. Sebab lepas diaorang kahwin, diaorang memang tak sempat nak honeymoon pun.

MURAIBATU: Ramainya artis-artis hebat yang bakal jayakan Future Music Festival Asia 2014.
Previous Post Next Post