Rihanna & Shakira Jalin Hubungan Songsang?



Kalau sekadar menonton muzik video terbaru gandingan Rihanna dan Shakira menerusi single berjudul Can’t Remember To Forget You tanpa mendengar muziknya, pasti ramai yang menyangka dua penyanyi terkenal ini sedang menjalin hubungan songsang.

Mana tidaknya, lenggok tarian dan kemesraan yang ditonjolkan antara kedua-duanya di dalam MV tersebut langsung tidak kelihatan seperti dibuat-buat.

Meskipun begitu, umum tahu bahawa ianya hanyalah sekadar lakonan memandangkan Shakira sendiri sudah mempunyai kekasih dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun.




Namun melihat kepada rakaman MV tersebut, beberapa portal hiburan antarabangsa melaporkan Shakira berjaya membangkitkan elemen seksi walaupun usianya lebih tua daripada Rihanna.

Untuk pengetahuan anda, lagu tersebut merupakan single pertama daripada album kesepuluh Shakira dan menganggap kemunculan Rihanna merupakan pilihan terbaik sebagai rakan duetnya.

Lagu Cant Remember To Forget You menggabungkan dua genre iaitu reggae dan rock. Dan saya berpendapat Rihanna memang sangat sesuai untuk menjadi sebahagian daripada lagu ini. – Mail Online

Apa yang menariknya, MV ini berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila mencatat sebanyak 61 juta jumlah tontonan dalam masa lima hari.

Bagi yang belum berkesempatan menontonnya, di bawah ini kami sertakan MV Can’t Remember To Forget You untuk tatapan anda. Semoga terhibur!



Anda juga boleh membeli mp3 ini di sini http://amzn.to/1ihJtiM
Previous Post Next Post