Rosyam Nor Skool of Lawak: Idea Menarik, Karakter Masih Lemah



Terdiri daripada 11 kelas iaitu Melur, Kekwa, Orkid, Kemboja, Seroja, Cempaka, Melati, Mawar, Kenanga, Dahlia dan Jasmin membukai tirai minggu pertama Skool of Lawak di Studio Satu, Astro Bukit Jalil.

Masih terlalu awal untuk ‘menghukum’ atau mengkritik para peserta Skool of Lawak, ruang dan masa perlu diberikan oleh mereka yang harus menempuh sembilan minggu untuk membuktikan bakat dan potensi mereka dalam bidang lawak.

Jelas salah seorang juri tetap Skool of Lawak juga aktor hebat tanah air, Datuk Rosyam Nor, mengharapkan para pelajar perlu berusaha keras dan mengkaji lebih dalam setiap persembahan mereka di masa akan datang.

“Bukan mudah buat orang ketawa. Jadi saya harap para pelajar perlu berusaha keras untuk buat persembahan yang lebih baik. Ianya masih terlalu awal untuk menghukum mereka.




“Insya Allah, minggu kedua pasti ada peningkatan. Perlu ada ruang untuk para peserta perbaiki kelemahan mereka. Ada sesetengah kumpulan, idea persembahan sangat menarik tetapi karakternya masih lemah. Jadi perlu diberi perhatian tentang perkara tersebut,” jelas Rosyam Nor.

Ditanya mengenai kumpulan mana yang menjadi perhatiannya di minggu pertama, Rosyam Nor terhibur dengan persembahan kumpulan Kenanga yang membawakan persembahan tentang wanita dalam pantang selepas bersalin di mana mereka mempunyai jalan cerita yang menarik dan mempunyai karakter yang kuat.

Skool of Lawak diketuai oleh pengarah hebat Othman Hafsham sebagai Pengetua Skool of Lawak dan tiga tenaga pengajar lain iaitu Khir Rahman, Fauziah Nawi dan Sabri Yunus. Skool of Lawak dihoskan oleh dua pelawak terkenal tanah air Johan dan Jep Sepahtu.
Teruskan mengundi dan menonton program Skool of Lawak setiap hari Jumaat bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

Layari www.skooloflawak.com.my untuk info terkini!
Previous Post Next Post