Zizan Hadiah Kasut, Emma Beri Lukisan Bukti Bercinta



Rasanya semua sudah tahu tentang hubungan rapat yang terjalin di antara pelakon dan pelawak Zizan Razak dan pendatang baru yang sedang meningkat naik, Emma Maembong.

Bagaimanapun Zizan dan Emma tidak pernah mengumumkan tentang sejauh mana rapatnya hubungan mereka cuma mengaku sekadar teman baik.

Astro Gempak terpanggil untuk menulis tentang cerita Zizan dan Emma selepas mendapat kiriman daripada salah seorang pembaca kami, yang menghantar dua gambar diambil dari akaun Instagram milik Zizan dan Emma.

Kata pengirim tersebut, Emma mula menaikkan gambar sepasang kasut berjenama mewah, Louis Vuitton di laman Instagramnya kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Lebih kurang satu jam selepas itu Zizan pula memunaik foto yang merupakan sekeping lukisan kartun comel yang kata-katanya cukup untuk menggambarkan dia sedang bahagia bercinta.




Foto yang dimuat naik Emma ‘caption’nya bertulis: “Thank You” dan kemudiannya ditag dengan nama Zizan Razak.

Pada foto Zizan pula, ‘caption’nya lebih romantis, serta namanya dan Emma turut ditag: “Percaya.hargai.sayang.cinta.teguh.sabar.jujur.ikhlas.thanks tuk lukisan ni syg..sejuta erti disebalik lukisan ni..harap kekal sepertimana lukisan ini..love u syg..”

Dalam pemerhatian Astro Gempak, Zizan dan Emma nampaknya semakin terbuka berkongsi kisah ‘cinta’ mereka biarpun tiada pengesahan dari mulut mereka berdua.

Bukan di laman sosial Instagram sahaja, tetapi mereka turut berbual manja di akaun twitter masing-masing.

Jika benar Zizan dan Emma sedang bercinta, Astro Gempak doakan hubungan kalian kekal hingga ke jinjang pelamin.

Rasanya ramai peminat yang ternanti-nanti Zizan dan Emma naik pelamin sehingga wujud kelab peminat ‘zizanemmalovestory’ di laman sosial Instagram dan Twitter.

Kalau ibu bapa dah restu, peminat pun setuju…Tunggu apa lagi Zizan, Emma? Cepat-cepatlah berumah tangga!
Previous Post Next Post