Nad Zainal dan Mila Kongsi Kisah ‘Kami Histeria’ Di MeleTOP Malam Ini!



Program MeleTOP episod 69 kembali menemui para penonton malam ini dengan kisah-kisah panas dan trendy yang berlaku baru-baru ini.
Sedia maklum, program Fear Factor Malaysia musim kedua baru sahaja bermula dengan pelbagai aksi dan tugasan yang lebih mencabar terpaksa dilalui oleh para peserta. Sama seperti musim lalu, aktor kacak Aaron Aziz kekal menjadi hos utama untuk Fear Factor Malaysia dan sudah pasti akan ada cerita-cerita menarik dan pengalaman hebat yang bakal dikongsi bersama para penonton.

Selain Aaron Aziz, MeleTOP episod 69 turut menampilkan pelawak terkenal tanah air Shuib Sepahtu yang baru-baru ini diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2013. Shuib juga turut terlibat dalam program Fear Factor Malaysia 2 dan akan mempromosikan program tersebut malam ini.




Lebih menarik program MeleTOP kali ini akan membawakan anda dua pelakon cantik iaitu Mila dan Nad Zainal yang membintangi filem ‘Kami Histeria’. Filem yang diarahkan oleh Shamyl Othman ini turut dibintangi oleh Sara Ali, Diana Danielle, Fazura, Izzue Islam,
Afdlin Shauki dan ramai lagi.

Dua aktres ini akan sama-sama mempromosikan filem Kami Histeria disamping berkogsi pelbagai cerita menarik sepanjang proses penggambaran serta perkembangan terbaru mereka selepas membintangi filem ini.

Menarik bukan program MeleTOP episod 69? Pasti pelbagai cerita menarik yang akan dikongsi bersama buat para penonton malam ini dan pastikan anda teruskan menyokong dan menonton program MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa.
Jangan lupa untuk menonton program MeleTOP bersiaran setiap hari Selasa bermula jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Layari www.meletop.com.my untuk info-info terkini!
Previous Post Next Post