Sony Music Disaman Gagal Lunas Royalti Peserta American Idol



19 Recordings, syarikat milik Simon Fuller iaitu individu yang mencetuskan idea sehingga terhasilnya program realiti 'American Idol' telah memfailkan saman terhadap Sony Music Entertainment selepas didakwa tidak membayar royalti kepada pemenang-pemenang program tersebut.

Dianggarkan Sony Music gagal melunaskan bayaran royalti sebanyak USD10 juta kepada peserta American Idol seperti Kelly Clarkson, Carrie Underwood, Clay Aiken, Chris Daughtry dan Jordin Sparks.

Peguam yang mewakili 19 Recordings, Richard Busch menjelaskan tindakan undang-undang perlu dilakukan bagi melindungi hak-hak artis dibawah naungan syarikat tersebut.




ARTISMELETOP: Nak semak saman JPJ dan POLIS. Harap-harap tiada saman yang perlu dibayar. Erkk
Previous Post Next Post