Watie Elite Mufliskan Sahabat Sendiri Kerana Hutang?



Nak beli kereta pastinya memerlukan penjamin atau garantor, dan sekira peminjam tidak melunaskan hutang kereta tersebut si penjamin lah yang terpaksa menanggungnya. Itulah yang terjadi kepada dua sahabat daripada kumpulan Elite iaitu Watie dan Hana.

Watie dikatakan tidak melunaskan hutang pinjaman keretanya hingga menyebabkan sahabatnya Hana Elite disenaraikan muflis pada April 2013 kerana telah menjadi penjamin untuk pinjaman tersebut.

Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan berkata, perkara tersebut berlaku lapan tahun lalu dimana dia bersetuju untuk menjadi penjamin Watie demi membolehkan Watie membeli sebuah kereta dan niat untuk membantu seorang sahabat.

“Sampai hati dia lepas tangan, walhal ketika susah dulu dia merayu supaya saya membantunya. Ketika itu saya baru pulang ke tanah air dan tumpang bersedih melihat keadaannya digantung tidak bertali. Saya bersetuju buat pinjaman dan bayarkan duit pendahuluan kereta berserta insurans dan cukai jalan sebanyak hampir RM10,000 tetapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya.




“Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayar tak konsisten. Lebih parah, baki hutang kira-kira RM60,000 kini meningkat kepada RM99,000.” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Menurut Hana lagi, dia mengetahui perkara tersebut semasa mahu berkunjung ke Singapore dan dia tidak dapat memasuki negara itu namanya telah disenarai hitam malah Hana juga tidak dapat mengeluarkan duit di bank kerana akaunnya telah dibekukan berikutan telah disenaraikan muflis.

Disebabkan namanya telah disenaraikan muflis, Hana bertekad untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan bagi membersihkan kembali namanya.

ARTISMELETOP: ITULAH RISIKO MENJADI PENJAMIN KEPADA HUTANG ORANG LAIN. AKHIRNYA KITA SENDIRI YANG SUSAH. BERHATI-HATILAH.
Previous Post Next Post